Pemenang Bertuah GA-CCK

Alhamdulillah..ramai yang sudi join GA-Salam Ukhuwah CCK. Terima kasih daun keladi ye. Keyphochee sangat berbesar hati dan kalau boleh nak bagi hadiah pada semua yang join. Tapi, mampu ke Keyphochee??  Insyaallah. Mana tau rezeki terpijak..Heeeheee..

Cuma agak terkilan sebab ada yang tak letak badge blog CCK di sidebar blog masingx tapi Keyphochee tak kisah sangat coz benda tu bilax masa boleh clearkan ye tak..huuhuu..Janji korang follow CCK udahleee..

Lagi beberapa hari GA-CCK akan menutup tirai. Berdebarx pulak hati Keyphochee nak umumkan senarai para pemenang. So, kepada yang join tu jengahx la selalu CCK. Apa yang pasti, sejurus selepas closing date (30/11/2010) - Keyphochee akan umumkan para pemenang DAN perlu diingatkan bahawa tuntutan hadiah sah sehingga 3 HARI SAHAJA dari tarikh pengumuman pemenang dilaksanakan. Sekiranya lewat, hadiah tersebut dikira hangus. Sian hadiah tu coz tak bertuan. Jadi, jangan biarkan hadiah tersebut tak bertuan dan pastikan ianya menjadi milik anda yang hakiki.

Pesanlah kepada kawanx blogger yang lain supaya sertailah GA-CCK agar keseronokan sebagai pemenang bertuah dapat dikongsikan bersama.

Labels: