Permata Hati

Ruangan ini ibu titipkan khas untuk putera ibu yang tercinta. Sesungguhnya kehadiran Khalish membawa pengertian yang amat besar bagi diri ibu dan papa. Menjadi pelengkap dalam melayari bahtera perkahwinan kami. Tanggal 6 Februari 2010, merupakan tarikh yang tak akan ibu lupakan hingga ke akhir hayat ibu. Menanti detik Khalish dilahirkan ke dunia ciptaanNYA, membuatkan ibu sentiasa membilang waktu. Bagaikan telur di hujung tanduk ibu rasakan sewaktu proses kelahiranmu. Alhamdulillah, papa berada disisi ibu tatkala ibu bertarung nyawa ketika itu. Apa yang pasti, momentum itu jugalah yang menjadi kenangan terindah buat ibu hingga ke saat ini. Insyaallah.

Ibu amat bersyukur kpdNYA, sepanjang ibu mengandungkan Khalish tiada alahan teruk yang ibu alami. Hanya sedikit morning sickness di awal kandungan. Yang paling best ialah selera ibu yang naik mendadak, so berat ibu pun sangatla bertambahnya. Cukup ngeri ibu rasakan dan papalah yang selalu menenangkan hati ibu yang tak keruan tu. Bila teringat balik memang geli hati ibu. Mana tak nyer, badan papa pun sama naik dengan ibu.

Khalish selamat dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kamu memang istimewa Khalish. Papa lahir di Johor, Ibu - Melaka dan Khalish di Perak. Bukan apa, waktu Khalish lahir papa study di Uitm Seri Iskandar so ibu memang decide nak duduk dengan papa & berpantang with him. Ibu tak nak papa jauh sebab ibu kesian dgn Khalish. Ibu nak Khalish celik mata je papa ada sebelah Khalish. Alhamdulillah, selama tempoh berpantang di rumah sewa papa jugaklah Khalish dimandikan dengan air tangan papa. Nasibla bila balik rumah ibu di KL Khalish tak meragam sangat.  Ibu pernah dengar yang orang tuax pernah cakap - "baby ni kalau dimandikan oleh ayahnya, memang dia akan cari@sentiasa rindu kat ayahnya kalau duduk berjauhan". Mulax ibu memang risau, takut Khalish nangis nak dengan papa. Tapi, Alhamdulillah anak ibu ni memang tahu papa jauh.  Aisy jugakla jadi hero ibu sepanjang papa berada di Perak. Cuma seingat ibu ada satu hari tu papa terpaksa bergegas balik KL coz Khalish melalak rindukan papa.  Gerak hati ibu je, sebab bila papa sampai rumah Khalish terus senyap. Time tu weekend and kebetulan papa tengah exam so papa tak dapat balik.  Tapi ibu terpaksa suruh papa balik sebab Khalish menangis bagai nak rak. Ni la 1st incident yang tak dapat ibu handle.

Setiap detik ibu sentiasa teringat Khalish tak kira dimana ibu berada. Ibu sentiasa mendoakan agar Khalish menjadi anak yang soleh, taat pada perintahNYA, baik budi pekerti, dijauhi dari perkarax yang mungkar & sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaanNYA. INSYAALLAH.

Beberapa jam selepas Khalish dilahirkan... 

Labels: