Renungan di pagi Aidiladha

Alunan takbir berkumandang begitu menusuk kalbu di malam 10 Zulhijah. Alhamdulillah, bersyukur kerana dengan keizinanNYA masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan menghembuskan nafas serta meraikan Aidiladha yang pastinya dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Seketika dirasakan malam yang tenang sekali, setenang air dikali. Apa yang pasti, di pagi 10 Zulhijah..umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha. Insyaallah.

Setiap kali tiba Aidiladha @ Hari Raya Haji, teringat kisah Nabi Ibrahim AS seperti yang tertulis di kitab tafsiran Ibn Kathir. Baginda tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan cahaya mata. Walau pada ketika itu baginda sudah berumur dan masih tidak dikurniakan zuriat. Dengan izin Allah SWT, doa Nabi Ibrahim AS termakbul.

Maka, lahirlah Nabi Ismail AS dan Nabi Ibrahim AS amat gembira dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. (Ash-Shaaffaat ayat 101: 'Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar'). Nabi Ismail AS dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Sewaktu Nabi Ismail AS masih muda, Allah SWT telah menurunkan perintah yang amat berat kepada Nabi Ibrahim AS yakni menyembelih anak kesayangannya itu. Sesungguhnya, Allah SWT sentiasa menguji para hambaNYA. 

Walaupun berat, Nabi Ibrahim AS akur dan sedar yang perintah ini wajib dilaksanakan. Tanpa diduga Nabi Ibrahim AS, anaknya itu dengan jiwa yang tenang telah menggesa agar perintah Allah SWT itu dilaksanakan. Cukup hebat ujian yang diturunkan oleh Allah SWT kepada dua insan yang istimewa ini. Inilah tanda ketaatan yang tidak berbelah bahagi Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terhadap kekuasaan Yang Maha Esa. Baginda berdua sanggup korbankan apa sahaja kerana Allah SWT.

Jika kita yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk berbuat demikian, sanggupkah kita? Memang benar, kita bukan Nabi Ibrahim AS dan anak kita pun bukan Nabi Ismail AS yang redha menurut perintah menyembelih dan disembelih. Perintah yang amat berat diturunkan apatah lagi ianya datang dari Yang Maha Esa, yang perlu ditaati sebagai tanda ketakwaan kita padaNYA.

Sanggupkah kita korbankan anakx yang amat kita sayangi?  Bukan untuk orang lain tetapi kerana Allah SWT. Bila anakx demam atau sakit sikit pun kita dah tak tentu arah, ni kan pulak untuk disembelih. Subhanallah. Pastinya jawapan ada di dalam diri kita sendiri dan hanya jawapan itulah menunjukkan siapa diri kita dan di mana kita letakkan Allah SWT dihati kita.Wallahualam.

Info: Perkara sunat yang dilakukan sewaktu Aidiladha

1. Mandi sunat hari raya dan berwuduk
2. Memakai pakaian yang elok dan bersih
3. Solat Sunat Aidiladha
4. Bertakbir dan bertahmid
5. Melaksanakan Ibadat Korban
*Credit to Google

Labels: