14 Tahun Lamanya


Siaran terlewat sikit tapi still boleh lagikan. Buat julung kalinya Mr Hubby beli tiket bola AFF Suzuki Cup 2010. tu pun sebab my BIL dari JB sanggup turun stadium BJ nak tengok bola. Memang bersemangat waja betul. Sedih Keyphochee sebab Mr Hubby tak bagi follow ke stadium BJ. Takut Khalish meragam katanya. Keyphochee redha so malam tu layan jela kat rumah ditemani my lil hero. Kebetulan pagi tu pegi Melaka sebab ada kenduri kawen. Berdoa dalam hati harapx balik KL tak jam. heehee..sangkaan sangat meleset, lepas je tol Sg Besi tu dia..kereta sesak terus. Sempat Keyphochee lalu kat tepi Stadium Bukit Jalil..perghh baru jam 4 petang kereta dah melambak park kat tepi highway. Terus advice Mr Hubby naik moto jela pegi stadium kang. 

Malaysia vs Indonesia
Cerita pasal bola..separuh masa pertama agak memboringkan coz tuah macam tak menyebelahi 'Harimau Malaya'. Mulala hati Keyphochee tak keruan so tengok tv pun ala kadar je. Geram  tengok asakan demi asakan. Tapi Keyphochee tau, team Malaysia sure sehabis keringat menentang team Garuda.
Nasib baik masa ke-2 mula Keyphochee concentrate habis. Bangga gila sey bila bola masuk gaung...GOLLLLL...terdengar jeritan blok sebelah..gamat betul..meriah..'Harimau Malaya' mula menunjukkan taringnya.
Setelah sekian lamanya Malaysia menunggu selama 14 tahun sejak penampilan terakhir pada tahun 1996 (final) di Singapura menentang Thailand. Namun tuah tidak menyebelahi. 
Apapun..tahun 2010 seperti memperlihatkan kebangkitan pasuakan bola sepak negara setelah melayakkan diri beraksi di pentas akhir. Syukur Alhamdulillah.
Mampukah skuad bimbingan K.Rajagobal mengakhiri musim 2010 tahun ini dengan gemilang? Final pertama Malaysia menang 3-0. Berdebarx rasa hati Keyphochee nak tunggu malam ni. Semoga 'Harimau Malaya' berjuang sehabis baik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Labels: