Aksi Ranjang

Amat Memalukan

Mata terpaku...lidah terkelu.."Gempar Video Panas Dua Beradik- BUDAK TERLAMPAU" - (front page Harian Metro). Anak bangsa kini semakin berani. Nak salahkan siapa? IBU BAPA-DIDIKAN-ILMU AGAMA-KERAJAAN atau DIRI SENDIRI. Usia masih muda. Dikurniakan AKAL & FIKIRAN yang WARAS. Subhanallah. Semakin takut dan gerun bagi diri ini untuk mengharungi alam membesarkan anakx di zaman yang penuh dengan cabaran ini. Mampukah???

Di mana perginya kewarasan talian persaudaraan a.k.a adik-beradik. Mempertaruhkan usia muda dengan aktiviti yang tidak bermoral. Keruntuhan akhlak semakin berleluasa. Nampaknya macam nak berlumbax dengan era perkembangan teknologi semasa. Lagi canggih gadget yang diperkenalkan..semakin melambak rakaman aksi PANAS! mudah dan senang kan...upload DI HUJUNG JARI ANDA.

Apa lagi yang tak cukup wahai anak bangsaku. Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Anakx kini patut rasa bersyukur dan berterima kasih. Kalau diimbas kembali, perit rasanya orang zaman dahulu nak merasa sedikit kesenangan. Zaman sekarang dah moden dan aman tapi sayang masih ada lagi 'wabak' yang amat sukar dikawal.

Berita lanjut DISINI

Labels: