Birthday 2010

Sebelum 2010 menutup tirainya, Keyphochee nak abadikan kenangan sambutan Hari Lahir yang cukup bermakna. Bukan apa, 1st time sambut kat hotel. Bunyi cam gempak kan..heehe actually bukan candle lite dinner pun. Sambutan ala kadar di bilik Hotel Syuen, Ipoh. 1st time gak jejak kaki kat hotel ni. Lokasi hotel di tengah bandar tapi bangunan hotel agak suram coz hotel lama tapi kira okla. Sebenarnya tak terlintas nak buat sambutan birthday tapi alangx tepi hotel ada Secret Recepi so Mr Hubby pun menyuarakan hasrat hati. Walaupun sambutan ala kadar tapi cukup terkesan dihatiku...cheewaahhh..Kehadiran adikx a.k.a kawanx Mr Hubby yang sama course tambah meng'havoc'kan bilik Keyphochee. Thanx u oulss..sebab jadi tukang makan kek dan jajanx yang ada..kalau tak sure membazir...

Kenangan Manis
Bersiap nak ke dinner
 Kebetulan Keyphochee cuti masa tu dek kerana Mr Hubby ajak pegi GeoMass dinner anjuran student Sc Geomatic - UiTM. Disebabkan ni merupakan last semester Mr Hubby di UiTM, maka dia sangat berbesar hati nak attend dinner tu dan mengajak sekali his beloved wife and lil hero. Thankx ye Mr Hubby. Sekali lagi tersentuh hati Keyphochee bila Mr Hubby berucap di pentas bagi pihak coursemate dia.

Tetamu paling muda

"Tak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri tercinta kerana turut memberi sokongan penuh selama tempoh saya menyambung pengajian di UiTM. Pengorbanan beliau dalam menjaga anak sepanjang ketiadaan saya disisi merupakan pencetus semangat bagi diri saya untuk berjaya walau jarak menjadi batasan waktu."

Terharu sungguh Keyphochee. Part yang best malam tu jugak, Keyphochee dengan penuh semangat menyanyikan lagu 'Wawasan Setia Pelajar'. Still kukuh dalam ingatan setiap bait dan rangkap lagu tu walaupun dah bertahunx tinggalkan UiTM. Sememangnya slogan 'UiTM Dihatiku' memag sesuai sangatx.

Labels: