The Curve at Nite

Masa Wang Eng dan Wak Roha datang rumah kita, ibu n papa berkesempatan lepak kat The Curve. Abg Azmi, Abg Amirul & Kak Amira ada jugak..Khalish pun ikut sekali. Bukan apa, kebetulan Wak Eng nak hantar barang dgn lori dia yang comel tu..bak kata abg Amirul 'lori abah saya'.....lucu ibu dengar abg Amirul cakap time tu sebab ibu tertanya dalam kereta..'lori sape yang comel parking tepi ni?'..Heehee

Ikut hati memang nak bawak dyorang sekeluarga makan tempat yang best sikit. Tapi takut tak sempat sebab Wak Eng nak loading barang n terus balik Johor malam tu jugak.  Ikutkan lagi hati ibu nak bawak Khalish round area The Curve tapi masa suntuk sangatx. Ermmm..ibu sebenarnya nak round sana..Bagi ibu..The Curve waktu malam memang marvellous! Tempat makan banyak sampai rambang nak pilih. Ibu cam biasala, tak lepaskan peluang snap photo. Dapatla sikit walau guna camera yang tak seberapa. Nextime if ada kelapangan ibu nak ajak papa pegi lagi..nak window shopping je papa. 'boleh caya ke window je'...


 Sampai je sana, papa cari tempat makan. Mulax suruh ibu decide tapi ibu suruh papa pulak yang decide. Bukan apa, asyik ibu je decide. Nak suruh Khalish...'anak ibu tak pandai cakap lagi'. Kalau Khalish bercakap..alamat maunya ibu pengsan time tu. Last sekali papa decide makan kat Nasi Ayam Penyet. Apa yang 'penyet' pun ibu tak tau.

Nasib baik sempat order. Kalau tak memang putih matala sebab dah hampir closing. Konsep makan kat sini lain sikit..bayar dulu baru boleh order. Makanan dia pun agak best tapi tak banyak sangat pilihan. Khalish cam biasa la. Apa yang ibu makan ibu suapkan ke mulut comel Khalish tapi ala kadar je. Buat rasax. Kalau tak bagi nanti meleleh air liur anak ibu ni.  Time makanan sampai...semua berselera sungguh ..sebab memang tengah lapo pun. Yang paling last order makan Wang Eng. Sian dia..sampai sesatx nak cari kita semua. Sekali-sekala sesat apa salahnye kan Wang Eng..bila lagi nak berjalan kat The Curve.


Selesai makan, kita balik rumah tapi Wak Eng & family kena tunggu owner barang utk proses loading. Walaupun singkat masa Khalish dapat bersua dengan family Wak Eng, ibu and papa tetap bersyukur coz ada jugak yang sudi singgah+tido umah kita. Insyaallah, bilax Wak Eng turun KL ..dia pasti datang rumah kita.

Labels: