Esok Isytihar Cuti Umum

Ada tak orang yang tak suka cuti? Lebihx lagi jatuh hari Jumaat..long weekend beb!

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF. (Sumber: Berita Harian)


picca google

Alhamdulillah..setelah 14 tahun kemarau akhirnya Harimau Malaya berjaya menewaskan Sang Garuda. Cuma Sang Garuda bernasib baik, kira luck beraksi ditempat sendiri kerana berjaya menembusi gawang Harimau Malaya.. namun tiada pertikaian kerana kejuaraan adalah milik HARIMAU MALAYA bagi Piala Suzuki AFF 2010. Syabas diucapkan!!
Semoga team bola sepak Malaysia selepas ini dapat mengekalkan prestasi dalam apa jua kejohanan yang akan datang. Insyaallah.
Sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia pastinya menyumbang ke arah kegemilangan sukan bola sepak tanahair kita.

Labels: