G.E.R.A.M

Geram tersangatlah geramnyer..layan pertembungan akhir Harimau Malaya vs Sang Garuda sorang diri....Adussss. Mr Hubby janji nak tengok samax kat luar tapi last minute tempat praktikal ada tournament bowling pulak. Dah tau final bola malam ni nak jugak buat tournament. Mana ntah semangat kesukanan. At least dok la depan tv or skrin besar kat kedai mamak ke bagi support. Ntahapehapantah!
So secara rasminya Mr Hubby didenda malam ni..kena belanja pizza..Yela, dah janji nak layan bola kat luar tup..tup..kena stay kat rumah...huuhuu..kira acila kan.Sure havoc kalau layan kat luar bersamax penyokong fanatik yang lain.Ermmm...xtaula bila lagi nak rasa kemeriahan camni..huuhuu..

Semoga kejayaan dan tuah berpihak pada Harimau Malaya malam ni. Laporan yang Keyphochee dapat..penangan media di sana amat hebat. Diharapkan agar Harimau Malaya bersedia untuk menggempur dan bermain secara selesa dan profesional.

Didekasikan utk Harima Malaya:


FIKIRKAN BOLEH!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!

Labels: