Rasa-rasa

Lepas Maghrib terus cari idea nak dinner kat mana..pikir punya pikir teringat restaurant kat area Persiaran Gurney. Tak lengah, Keyphochee terus ajak Mr Hubby. Actually lama dah kami dok usha. Disebabkan dek tak tau nak makan apa malam ni..so kami decide western jela..

Sampai sana macam takde sambutan (kes orang tak ramai makan pun). Bersuara gak ngan Mr Hubby. Best ke makanan kat sini. Yela, mana la tau..tp Mr Hubby balas balik..kita keluar awal lagi ni. Tau tak kenapa bergegas keluar awal..huuhuu..sebab takut terlepas nak tengok Anugerah Skrin 2010..taklah minat sangat tapi saje nak tau sape yang minat...iskhh..iskhh..nak cover line lagi tu..
Agak lama jugaklah nak tunggu makanan sampai walaupun customer tak ramai time tu..Sabar..sabar..Harga makanan kat situ takla mahal sangat..dan rasanya bolehla tahan sedap..tak banyak gambar yang dapat snap sebab handphone tertinggal kat rumah n handphone Mr Hubby plak problem penangan air liur putera kesayangan. Try gak amik tapi tak clear..dapat sekeping je..jadila daripada takdekan...
So, pada mereka yang nak try bolehla ke:

Minnie Chop Restaurant
No 13 Persiaran Gurney
54400 Kuala Lumpur

Saje Keyphochee bagi alamat penuh..takut ada yang datang dari jauh n tak familiar jalan nak guna GPS ...taip je..sure sampai..

Labels: