Al-Fatihah Buat Bidadari Syurga

Terpanggil dihati saya untuk berkongsi bersama rakan-rakan bloggers..marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat puteri Almira Nur'Aina yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Januari 2011( Rabu)..jam 7:45am -  Heart Complication...beliau dilahirkan pada 26 January 2011 jam 4:46pm..
Sayu dan hiba rasa hati bila terbaca status si ibu ..sesungguhnya ibu merupakan antara insan pilihan DIA.. diberikan bidadari untuk memimpinnya jalan ke syurga kelak..Ketahuilah olehmu ibu..puterimu Almira Nur'Aina akan mencari-cari ibu di padang masyar sambil membawa air dari bekas emas untuk ibu minum...ketika itu, pasti ibu tersenyum sambil melihat puterimu itu...masyaAllah..
Semoga Ibu tabah dan sabar menghadapi ujian yang diturunkan olehNYA. Sesungguhnya DIA sentiasa menguji hambaNYA dan DIA juga mengetahui sejauh mana kekuatan hambaNYA.

 " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(surah Al-Baqarah - 286)



Labels: