Bengang Sey..

Perkara yang agak membengangkan bila tengah makan sesuatu yang bingit menusuk ke pendengaran. Keselesaan cukup terganggu...tak aman rasanya nak makan. Semua ni berlaku angkara benda ni..

pencemaran bunyi berleluasa

Perut dahla lapar. Tak tenteram rasa jiwa nak menguyah dan telan. Manalah perginya pihak pengurusan yang sepatutnya bertanggungjawab. Seharusnya shopping mall tak bolehla macam ni. Ganggu keselesaan 'kepenggunaan'. Tempat lain boleh pulak upgrade jadi cantik-molek..menarik-tertarik. Sepatutnya tempat makanlah harus menjaga tatasusila keamanan agar makanan dapat dinikmati sepenuhnya dan proses penghadaman dapat berjalan dengan lancar. Kalau terkujat tak ke tercekik dibuatnya..bukanlah nak perbesarkan cerita yang mungkin tiada nilainya tapi nak memperjuangkan keselesaan pengguna. Kalau benda lain boleh pulak pihak pengurusan buat... macam ni..


Sedap mata memandangkan...sama gak dengan time makan..nak ketenangan agar makanan dapat dihadamkan dengan sempurna. Tak salahkan...

Labels: