Gagah Setia..Sedia Berkorban..Sentiasa di Angkasaraya

Bagi pasukan beruniform especially ATM...sure tau maksud di tajuk entri ni..opss...takut ada yang tak tau ATM tu apa..Angkatan Tentera Malaysia..siapa kata pasukan keselamatan negara kita tak berkaliber...huhuu...mereka kini semakin dikenali di pelusuk dunia..hatta PM sendiri pun telah meluahkan rasa bangga terhadap kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pasukan ini terhadap kejayaan mereka dalam menyelamatkan kapal BUNGA MT LAUREL di Perairan Teluk Aden..so saya turut tumpang bangga dengan kejayaan mereka.
Sungguhpun berada jauh dari pangkuan keluarga..tanggungjawab yang digalas perlu dilaksanakan demi keamanan sejagat...saya kagum dengan kecekalan mereka semua..pada pihak keluarga yang ditinggalkan demi kerjaya yang murni ni..sokongan yang ditunjukkan sebenarnya tiada nilai tandingan...doa kalianlah sebenarnya pencetus semangat mereka untuk berbakti demi nusa dan bangsa..rasanya konsep 1 Malaysia dah berada di luar jangkauan ni..maybe 1 World kot..heehee..
Pada rakan-rakan media..jutaan terima kasih diucapkan kerana tanpa kalian mungkin siri kejayaan ini tidak dapat dikongsikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Lokasi kejadian: tembakan dilepaskan
Lanun yang dapat ditawan
Syabas ATM

Labels: