Gosok Gigimu Sayang

Cabaran baru bagi ibu dan papa harini sebab gigi Khalish perlu digosok..papa dan complain..gigi Khalish dah mula nak kuning..ibu rasa tak or maybe ibu yang tak nampak..so semalam dengan pantasnya ibu ajak papa beli toothbrush untuk Khalish..almaklumla..masih banyak ilmu yang perlu ibu gali dalam membesarkan anak ibu..adakalanya ibu akan tanya MamiNab a.k.a pengasuh Khalish. Dia banyak membantu ibu sebab dia memang berpengalaman dalam menjaga baby dan dia jugakla yang support 100% misi penyusuan ibu pada Khalish..Alhamdulillah.. 
Berbalik pada cabaran tadi...haahaa..geli hati ibu sebab time papa nak gosokkan gigi..boleh pulak Khalish gigit sekuat hati jari papa..nasib ibu tak gosokkan tapi ibu dah kena gigit kat lengan semalam..puncanya ibu buat-buat tido sebelah Khalish..errmmm..Khalish pun terus ngappppp kat lengan ibu..dah timbul satu injection ala-ala cacar kat lengan ibu ni..tapi bagi ibu..ni semua kenangan yang akan ibu ingat selagi nyawa dikandung badan.

"Ketahuilah dikau wahai anakku.yang indah itu hanyalah bersifat sementara"

Labels: