Irama di Pagi Hari

Ada perkara yang berlaku di awal pagi tadi..kira-kira jam 4..kami sekeluarga dikejutkan dengan irama yang saya kira takla indah sangat..bising yang amat..semacam bunyinya. Sampaikan My Lil terkejut tapi Alhmadulillah tak menangis...rasanya dia pun terkejut sama...sebab mulut dia becok cakap..haaa...hoooo..hooo...alahai..mata saya dah sememangnya mengantuk time tu..kebetulan lewat tido sebab tunggu Mr Hubby balik main futsal. Keletihan yang teramat sangat sambil didendangkan dengan kehadiran bunyi yang tak diundang..Nak marah pun tak boleh sebab..bunyi tu sebenarnya datang dari fogging atau semburan nyamuk aedes..ingat nak jugak jengah kat tingkap tapi memang tak kesampaian niat tu..heehee...agak lama jugaklah kawasan perumahan disembur..Kesian pulak dengan mereka yang terpaksa bersengkang mata pagi-pagi buta semata-mata nak selamatkan persekitaran kita..Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sanggup mengorbankan masa tido walaupun orang yang tengah dok syok tido terganggu..huuhuu.. berbaur geram je tapi demi kebaikan bersama..redah je..
Teringat masa zaman study dulu...heehee...episod terkenang semasa dulu...masa tu baru je balik dari class..kebetulan masuk toilet..tup..tup...terdengar bunyi bising..la..tersilap percaturan..fogging time...aaaahhh..sudah...roomate suma dah bertempiaran turun ke bawah..dahla duduk kat level atas sekali..takla tinggi manapun..tingkat 6 je..so dipendekkan cerita..takkan nak keluar berkemban dengan tuala pulakkan...kang terkujat pulak abang fogging..jenuhla duduk kat dalam toilet bertemankan kepulan asap..takyah tanyala bau yang menusuk hidung..actually bau dia cam minyak sikit..Nasib abang fogging tak tendang pintu bilik air..kalau tak..ermmm..nasibla..

sedikit info...

 Usah disalah tafsir kerana setiap kejadian itu punya maksud yang tersendiri

Labels: