Kapcai Pun Ok Apa

Waktu buat sesi pumping..saya sempat melayan Berita Minggu..heehe...nampak sangat ketinggalan ...tapi still bacakan..selak punya selak..tertarik kat artikel 'Kapcai Keliling Dunia'..bukan apa..teringat masa study dulu..Honda EX5 menjadi peneman setia...part paling best konvoi ramai-ramai..tapi tu semua kenangan manis..sekarang ni tak taula boleh bawak lagi ke tidak moto..dah handing over kat Mr Hubby. Kadang-kadang dia perli gak..tau lagi ke bawak moto..heehe..boleh kot kalau dah terdesak..
Berbalik pada artikel yang saya baca..siapa kata rakyat Malaysia tak boleh..selagi ada kemahuan di situ ada jalan...kalau difirkan memang mengelilingi dunia menggunakan kapcai mampu mengundang bahaya tapi sekarang dah terbukti MODENAS GT128 bukan sembarangan..rasanya lepas ni lebih ramai rakyat Malaysia berlumba-lumba nak beli..harap-harap camtula..support produk tempatan.
Tapi..cukup terkesan di hati saya bila ada di antara rakyat Malaysia yang berfikiran negatif dan berprasangka buruk dengan mengatakan bahawa misi yang dilakukan oleh Syed Hadi ni semata-mata nak mengejar harta dan pangkat..sepatutnya kita menyokong dan mendoakan agar beliau selamat dan misi ni berakhir dengan kejayaan..Alhamdulillah..tu yang telah dikecapi..syabas diucapkan.
Saya tumpang bangga dengan kejayaan yang telah dicapai..semuanya menggunakan hasil titik peluh sendiri..banyak halangan yang terpaksa ditempuhi tapi sikitpun tak mematahkan semangat Syed Hadi..kagum betul saya. salah seorang anak Malaysia yang sanggup menggadaikan nyawa..merentasi 5,486 meter dari paras laut..bertemankan cuaca sejuk..panas..berhadapan dengan penyeluk saku..disoal siasat anggota keselamatan luar negara..tido kat balai polis..errmmm cekal betul beliau..agak-agak kita boleh ke nak hadapi semua ni...kuat ke kita macam beliau.

Masihkah diri ini berkesempatan untuk mengibarkan Jalur Gemilang lebih-lebih lagi kat tempat orang a.k.a negara luar

Labels: