Kenapa Mesti Tikam Belakang

Ada perkara yang saya tak faham dalam dunia blogger ni..masih wujud ketegangan walau tak bersua muka...istilah yang paling tepat P.E.R.M.U.S.U.H.A.N..Kenapa..Mengapa..Bagaimana...isskhh.macamx bermain di benak fikiran. Tula...mulanya malas nak fikir tapi kadangx terfikir. Pada saya pulak, once dah terjebak dalam dunia blogger ..saya boleh tambah kenalan..seronok ramai kenalan ni..at least mana kita tercampak..kita boleh berhubung dan di situlah wujudnya sesi beramah mesra. Berbunga rasa hati kalau dapat bertemu dengan rakanx blogger. Untuk apa kita bermusuh sedangkan perkara tu dibenci oleh DIA. Teringat masa kecikx dulu, tergiang-giang kat telinga saya.."Tak baik tau tak tegur kawan lebih dari 3 hari..Allah marah.." Mungkin tu kawan yang kita jumpa hari-hari...contoh serumah, sepejabat, sepermainan..tapi rasanya sama dalam dunia blogger ni..yang lain sikit mungkin tak bersua or belum bersua dan mungkin akan bersua..sape tau kan..

Bila kawan-kawan sapa ..BW..singgah..jenguk..kat Chat Box..tinggalkan komen di ruangan entri CCK ..berbunga rasa hati..yela, seronok sebab masih ada yang dok teringat kat kita. Maaf kepada mereka yang tak sempat saya singgah. Insyaallah, saya akan cuba jengah blog kalian.
Pada bloggers yang rajin..mempunyai kemahiran..kelapangan..lalu menjalankan aktiviti business, saya tumpang bangga dan gembira. Syabas diucapkan kerana kemahiran yang dimiliki dapat dikongsi bersama oleh bloggers yang lain. Sekarang zaman moden, nak beli apapun dihujung jari. Tak payah berasak nak mengadap counter (tupun nasib kalau dapat layanan mesra & muka yang manis dari cashier)..

Teruskan usaha murni dan perjuangan kalian...Berpeganglah pada ..'Rezeki dibumi milikNYA ni luas..' percayalah..DIA dah tentukan perjalanan hidup kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya. Usah diganggu hidup atau lebih senang periuk nasi orang lain..patutnya kita tumpang bangga..tak salah kalau nak sharing info tapi jangan Tikam Belakang...sama sekali tak bagus perbuatan tu..Jangan sesekali kita bergembira di atas kesedihan orang lain. Biarlah kita berkongsi kegembiraan..seronok kan kalau kita dapat menggembirakan hati orang lain. Kesedihan pun boleh dikongsikan bersama selagi tak melanggar batasan.

Labels: