Nak Demam Ke Ni

Kepala aaaddoiiiiyaiiii..berat semacam..cam ada batu dalam kepala...tiap kali berjalan macam pijak kepala sendiri...tekak rasa perit..pada kawan-kawan yang ada petua mehla turunkan..nak buat keja pun takde mood tapi kena buat jugakkan..tak baik tangguh-tangguh keje ni..heehee..kena buat macam biasa kalau tak makin menjadi-jadi sakit kepala..Tapi harini rasa cam ada semangat baru sebab saya mula berkenalan dengan geng yang memperjuangkan misi penyusuan badan atau bahasa saintifiknya breastfeeding..pelbagai info yang saya dapat..thanx tu intan atas petua yang sudi dikongsikan bersama...nak kenali beliau..klik SINI laju-laju..beliau tak lokek ilmu..banyak ilmu yang boleh diperolehi melalui pengalaman yang beliau ada...terjah tau..info yang sangat berguna especially untuk ibu-ibu yang tengah preggy mahupun yang ingin meningkatkan pengeluaran susu...pada yang taknak tu tak paksapun tapi fikir-fikirkan sendiri..berikan pada yang hak..maksud saya..heehe..tak maula explain..takut ada yang terasa nanti...pada yang faham..faham-faham sendirilah..errm..
Hari ni saya dapat belajar ilmu baru..walaupun seseorang ibu tu tak sihat..sesi penyusuan or direct feeding boleh diteruskan cam biasa..Alhamdulillah..sebenarnya memang dah tahap cuak..gelisah pun ada gak ni...takut-takut berjangkit kat My Lil..tak sanggup sebenarnya nak tengok dia menanggung ketidakselesaan badan..huuhuu..biarlah saya yang tanggung semuanya tapi kadangkala terlintas juga di hati ni nak tengok sejauh mana kekuatan antibodi anak..tengok mana yang dia alah..penting sebenarnya...errmm..
Rasa macam dah panjang lebar pulak berceloteh sedangkan dari pagi tadi memang takde idea nak menaip entry..tambah kepala cam nak bersepai..Subhanallah..Pada rakan-rakan seperjuangan..thanx to all mommies yang banyak berikan semangat...saya bersyukur sangat-sangat sebab dapat mengenali dunia yang begitu indah..andai saya mempunyai daya..nak jugak share dengan rakan-rakan yang lain..tapi kita tak boleh nak paksa..tepuk dada..tanya selera..

Labels: