Awas Produk Tiruan

Adakah anda tahu ubat-ubat yang anda ambil berkemungkinan palsu...saje saya nak sharing kat entri ni sebab baru-baru ni saya berkesempatan jengah ke tapak pameran kesihatan..antara info yang menarik saya ..pastikan ubat anda berdaftar dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai no MAL dan label hologram Meditag. Gunakan Dekoder Meditag untuk memastikan ketulenan label dan produk. Meditag dekoder boleh didapati di semua farmasi utama berdekatan anda..contoh macam ni...


Awas ye!!
penggunaan ubat-ubat traditional yang tidak berdaftar dan yang dicemari racun berjadual macam streoid, sildenafil & phenylbutazone...


Ubat-ubat peransang seks palsu dan ubat tiruan yang mengandungi racun banyak dijual di kaki lima jalanan dan kedai runcit.. Ubat-ubat yang mengandungi racun menjadi kesalahan dijual tanpa lesen yang sah dan memudaratkan bila digunakan tanpa nasihat ahli farmasi dan doktor


Kenali ubat anda...Pastikan yang anda beli asli..ubat tiruan/ubat palsu (counterfeit medicine) adalah sangat berbahaya dan merupakan pembunuh secara senyap..Sayangilah diri anda..keluarga..rakan-rakan dan yang sama waktu dengannya ..dah macam PSA pulak saya..heehee..apapun sebagai kesedaran dan demi kebaikan bersama..pada para isteri...kalau nampak suami makan ubat yang pelik sikit..buat-buatla bertanya tau...tanyalah apa kesannya..bukan apa..takut memudaratkan diri..
demi kesejahteraan kita bersama..

Labels: