Sesuci Kasih Seorang Ibu

This week hati saya sentiasa hiba...sebak...tak taulah kenapa...bila waktu malam tengok muka My Lil sambil nyusukan dia..lagila..tak tertahan airmata ni..laju je turun..macam-macam terlintas di fikiran saya..saya nak tengok dia membesar depan mata saya..saya nak sentiasa peluk..belai...layan dia...berbual bila mulut comel tu pandai berbicara.....nak tengok dia berjaya dalam hidup...ermm pendek kata macam-macam la saya fikir..itu impian saya...saya sentiasa memanjatkan doa padaNYA..saya nak lakukan yang terbaik untuk dia..tapi adakah saya diberi kesempatan untuk semua itu..saya hanya mampu berdoa..berserah..tawakal..redha dengan ketentuan dariNYA...Insyaallah dan Alhamdulillah andai keizinan dariNYA saya perolehi...
Terpanggil saya untuk berkongsi sesuatu dengan semua bakal ibu...yang dah jadi ibu...tentu ianya akan meruntun hati kalian bila baca..termasuk saya sendiri...lebih-labih lagi pada mereka yang menyusukan anak..rasa dekat sangat dihati..actually entri ni saya perolehi dari Sis ERNI ..beliau tegar dalam memperjuangkan misi penyusuan susu ibu..semoga saya dapat menjejaki langkah beliau..Insyaallah..

Kisah yang ingin dipaparkan...

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.


Berkali-kali saya baca sedutan kisah ini sebagai renungan untuk diri sendiri..tak tertahan rasanya airmata yang dibendung..sesungguhnya kasih ibu itu berpanjangan..
Andai satu hari kelak anak saya turut membaca entri ini..ketahuilah olehmu duhai anakku...tiada yang paling berharga yang dapat ibu titipkan untukmu melainkan titisan susu ibu yang mengalir masuk ke dalam tubuhmu hampir tiap waktu... tiada nilai tandingannya hatta ribuan harta di dunia ini sekalipun...

Labels: