Tabahnya Dikau

Sebetulnya saya amat kagum dengan seseorang..siapa dia..hehee..antara rakan bloggers jugak...cuma saya belum berkesempatan untuk bertemu mesra dengan empunya diri...kami berkenalan secara tak sengaja..jodoh agaknyer...seorang insan yang hidup dalam kesederhanaan..dapat saya gambarkan dirinya tatkala beliau sudi berkongsi kisah klasik..pelbagai ranjau...onak..duri.. yang terpaksa dilalui dari zaman kanak-kanak..remaja..hinggalah beliau bergelar isteri dan ibu..cukup menyedihkan..memeritkan... akan tetapi beliau tabah menghadapi semua dugaan itu.....betul seperti kata perumpamaan Melayu...Sedangkan Lidah Lagi Tergigit..air yang tenang jangan disangka takde buaya..Sesungguhnya DIA MAHA MENGUJI akan setiap HAMBANYA..hanya DIA MAHA MENGETAHUI akan setiap apa yang diperturunkan... 
Sekali lagi beliau diuji..namun...semua tu tak pernah mematahkan semangat beliau dalam membesarkan permata hatinya...itulah kekuatan seorang ibu...demi anaknya..apa saja sanggup dilakukan...pada beliau...apa yang pernah dilalui tak mungkin akan dirasai oleh si anak...begitu besar pengorbanan yang telah dilakukan..kesabaran mengatasi segalanya...andai saya diletakkan sebagai dirinya...mungkin dilema yang dihadapi tak mungkin dapat saya lalui dengan penuh kesabaran..Subhanallah...kekuatan yang dimiliki itulah adakalanya meruntun jiwa saya..
Adakalanya saya kesal dengan sikap manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki...kita seharusnya tumpang bangga dengan keupayaan dan kelebihan yang tiada pada diri kita tetapi ada pada rakan yang lain...itu namanya kelebihan masing-masing...ada baiknya takde pada diri kita...mungkin ada sebab musabab...hanya DIA MAHA BERKUASA..setiap kejadian itu ada hikmatnya..jangan sesekali kita meragui akan KEKUASAANNYA.

Labels: