Aduhai...Anak Ibu

Hujung minggu yang baru saja berlalu amat menggusarkan hati saya..kisah bermula di petang Jumaat..kami sekeluarga ke pasar malam...niat memang nak beli barang basah sikit kebetulan member dari Perak nak singgah rumah Sabtu petang..tengah dok membeli..tetiba je My Lil Khalish muntah..Subhanallah..nasib dah selesai beli barang...berkejar terus balik rumah...dari petang sampai ke 12 tengah malam..adala dalam lima kali dia muntah...hati ni mula gusar...ingat muntah biasa..lepas bf kan dia..selang berapa jam muntah balik...aduhaaiiii....Mr Hubby pun tak senang duduk..so kitorang decide bawak Khalish ke Al-Islam Specialist Hospital Kg Baru..sampai sana Khalish terus masuk bilik rawatan...time tu  kepala dia dah mula panas..kakak nurse kat situ suma baik belaka..tuamkan badan n kepala Khalish...Alhamdulillah..Khalish pun bagi kerjasama yang baik..tapi tak lama...bila enjin dah panas mulala nak capai apa yang ada depan mata..heehe..tula anak ibu..walau demam macamana tetap aktif..berkat susu badan agaknya..
Lepas jumpa doc...ibu ucap syukur kepadaNYA..Alhamdulillah..Khalish cuma demam biasa...kata orang tua-tua nak beralih bulan..kebetulan semalam Khalish genap 13 bulan..lega ibu dan papa sebab baru 1st time Khalish kena camni...



Cite tak abis lagi....lepas Khalish muntah-muntah...berjangkit kat ibu pulak...opss...jangan salah faham ye...bukan preggy..gara-gara makan buah jambu air...kebetulan member dari Perak yang bagi masa singgah rumah...lama dah tak makan jambu air..so suruhla Mr Hubby potong...cecah kicap+cilipadi....wowww..terangkat betul...selesai je makan..takla banyak manapun saya makan..selang beberapa jam..kepala+badan rasa semacam..tu dia...dekat 5 kali jugak saya muntah...so Ahad yang berlalu semalam amat perit dirasakan..apapun tanggungjawab dalam sesi penyusuan tetap dilaksanakan dengan dedikasi walau badan dah melepek.....saya tak nak jumpa doc sebab nanti terpaksa makan ubat...sian kat Khalish..so saya cuma makan madu sebagai penawar..Alhamdulillah...dipendekkan citer..badan saya ni masa dalam tempoh berpantang agaknya...yang sejuk-sejuk masih tak boleh nak terima..lepas ni telan air liur jela orang makan jambu air dan saya tak berani nak makan langsung...syukur kepadaNYA kerana harini saya diberi kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan tanggungjawab seharian....amin..

Labels: