Botol Oh Botol

Setuju sangat dengan tajuk akhbar BHarian Online..kenapa nak tunggu 2012 baru nak haramkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol (BPA)...???  Sebenarnya kerajaan ni taklah sekejam manapun...peluang tetap diberikan kepada para pengeluar yakni pihak industri membuat persedian menukar atau membeli mesin baru..hangat betul isu botol  diperkatakan..yelah...sape tak cuak...BPA ni boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak...Subhanallah..
Alhamdulillah sebab saya menggunakan botol MAM untuk My Lil Khalish...sebab utama ianya senang nak dibasuh...tak payah nak jolok berus sampai ke dalam...semua part boleh bukak..senangkan BS pun ye jugak..siap saya rekmen member-member guna botol tu...bagi saya sangat praktikal dan comey..heehe..so lepas ni kita sebagai ibubapa kena lebih berhati-hati tentang selok belok peralatan yang digunakan oleh anak-anak kita...harini botol..esok lusa tak tau apa pulak..sempat saya cari tentang info KENAL PASTI BOTOL SUSU POLIKARBONAT (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Saya jugak tertarik denga kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri Kesihatan iaitu:

“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, semalam. (BHarian Online)

Sedikit info tambahan:

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.

  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.

  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.

  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan

  • Labels: