Mandi Manda

Kesempatan hujung minggu digunakan sebaik mungkin...almaklumla..hari biasa kita pulun kerja so pandai-pandaila cari masa nak relax..sebenarnya tak jugak relax kalau dah bergelar isteri dan ibu...tapi kepuasan dinikmati bila bersama insan yang tersayang...lupa segala penat lelah..sebenarnya agak lama saya tak bercuti so peluang yang saya gunakan untuk melepak di Avillion Admiral Cove...taklah jauh mana pun..Port Dickson je..seronok jugaklah dapat bercuti kat sana..nak kata sakan tak jugak.just suka-suka bawak My Lil Khalish turun pool..mula-mula Khalish masuk pool cam cuak gak saya...before this penah bawak dia mandi kat Teluk Kemang..tapi kememeh semacam..puas pujuk..taknak mandi gak..time tu dia baru 8 bulan tak silap..tapi kali ni nampak Khalish cam ok..kat bilik dah try pakaikan swim vest dia..relax je dia..selalu bila try pakai dah mula rimas....terus bawak turun ke pool...tu dia...sakan main air...cuma kat sini nak ke pool kena lalu kat depan lobby ..so bila dah basah..tak selesa nak naik lift ke bilik..mata ramai la yang memandang bila dah lalu kat lobby..faham-fahamla bila dah basah..heehe..tapi saya redah je..sebab still menutup aurat..Khalish cukup suka..Mr Hubby pun sama..terpancar kegembiraan Khalish..biasala bila jumpa air..lagi pulak bila ramai kawan-kawan kat situ..tapi serasa ibula..Khalish yang paling kecik...huuhuu...takpela nak..asalkan tak takut masuk dalam pool sudah.. lepas ni macam nak try pegi kat SINI..tapi harga pun boleh tahan...hhuuhu..tercapai ke.. harga class...tempat pun boleh tahan..

Labels: