Muhasabah Diri Kita

Sedang dok belek email...sekilas mata terpandang message dari geng GBS - FB, Kak Norita Mohd Idris.. Muhasabah diri kejap..begini kisahnya:
..................................................
Ada tiga sekawan yang bekerja di sebuah syarikat.

Si A seorang yang suka merungut dan sentiasa tidak berpuashati serta mengutuk bos dibelakang.

Si B suka meniru kerja orang lain dan mengaku dirinya yang berusaha melakukannya. Selain itu si B suka menganiaya kawan2 sekerjanya yang lain.

Si C seorang yang bekerja dengan ikhlas, tidak merungut dan berusaha sebaik mungkin membuat apa sahaja suruhan bos dan segala tugasan dibuat dengan baik malah adakala membuat lebih baik dari yang disuruh agar bos senang dengannya. Bila si C di aniaya, BOS tetap yakin dengan kerjanya yang baik dan peribadinya yang cemerlang.

Agak2 yang mana paling BOS sayang? Sudah pasti BOS akan beri gaji pada tiga2 ini tetapi yang mana akan dapat kelebihan di sisi BOS?

Hubungan kita dengan pencipta dapat digambarkan dari cerita tadi. Maka tanya diri kita yang mana pilihan kita.

Dari cerita inilah saya belajar, jika ada orang aniaya kita sekalipun.. ALLAH sebaik2 penolong dan penjaga.

Manusia A, orang yang sentiasa merungut dengan masalah yang dihadapi. Tidak bersyukur dan tiada kemajuan dalam dirinya.
Manusia B orang yang nak cepat berjaya tanpa fikir keberkatan hidup.
Manusia C , orang yang sentiasa mendapat yakin ALLAH sebaik2 pembantu dan berusaha meningkatkan amalannya dengan ALLAH.
 ..................................................
Subhanallah..agak-agaknya diri ni tergolong dalam kriteria yang mana ye..so..anda pulak macam mana?  Sekadar renungan bersama..tapi ada benarnya.. setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya...

Labels: