Vaksin HPV

Wanita sering terdedah dengan pelbagai penyakit..inilah yang dinamakan dugaan dariNYA..bagi saya...apa  yang diberikan olehNYA kepada kita merupakan ujian yang perlu dihadapi dengan tabah dan redha ..ada hikmat disebalik disetiap kejadian itu..DIA Maha Mengetahui..baru-baru ni timbul kesedaran untuk saya mengambil pencegahan vaksin kanser serviks..last year nak ambik tapi tak berkesempatan..Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak saya menamatkan 2/3 dari suntikan yang perlu diambil...saya nak sharing juga kepada rakan-rakan blogger di mana saya mendapatkan suntikan tersebut

Maklumat lanjut boleh hubungi:

KLINIK PAKAR WANITA & FERTILITI SUKHILMI
KOL (B) DR. SUKHILMI OTHMAN
06-6752560
Blog: http://drsukhilmi.blogspot.com/
* Harga bagi 1 suntikan RM100...berbanding lastyear RM180...tim ini bersedia ke lokasi anda sekiranya ramai yang ingin mendapatkan pencegahan suntikan vaksin tersebut..fikir-fikirkanlah..
Mencegah adalah langkah yang terbaik

Sedikit info tentang Kanser Serviks yang ingin saya kongsikan...

Vaksin terhadap HPV
Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.

Kanser Serviks... Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.

Disebabkan oleh...
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun. Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.

Tanda dan gejala...
Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:
Berisiko kepada....
Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks
Apa yang akan lakukan sekiranya anda mempunyai gejala di atas...

Ujian PapSmear
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
Colposcopy
Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Langkah Pencegahan
Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
  1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  2. Elakkan hubungan seks pada usia muda
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin

Sumber diperolehi: alamhamil.com

Labels: