Rajuk Hati

Malam semalam saya dan Mr Hubby tengok Semanis Kurma - TV9...perbincangan kat Forum Perdana-RTM1 pun menarik tapi saya lebih tertarik dengan topik yang dibincangkan oleh Ustazah Nor Baayah dan Suami - 'Rajuk Jiwa Menanti Permata'..tajuk yang dikupas cukup meruntun hati nurani saya..lebih menyedihkan bila seorang pemanggil yang sudi berkongsi mengenai kesedihan yang dihadapi tatkala ibu kandung sendiri sanggup mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan sebab selama 9 tahun melayari bahtera perkahwinan...belum dikurniakan cahayamata...saya memang terkejut sebab pengakuan yang datangnya dari seorang anak..dimanakah sifat kesabaran..kelembutan..kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya..mengapa tidak diberikan kata-kata sokongan buat si anak??? errmmm...mulala saya nak beremo sikit..nasib baiklah suami pemanggil memahami dan sering memberikan kata-kata peransang serta sokongan kepada beliau..kalau anak emak jugak macamana la agaknye kan..lagi memendam rasa kot..rasanya kalau masyarakat sekeliling lagila..macam yang pernah saya katakan di entri INI..
Hakikatnya, manusia tidak akan lari dari menerima ujian..sesungguhnya..DIA MAHA BERKUASA, MAHA BIJAKSANA...MAHA MENGETAHUI SEGALANYA...setiapapa yang diperturunkan pasti ada hikmatNYA..cuma adakalanya kita tak nampak..
Ujian yang diturunkan olehNYA kepada kita sebenarnya mengikut dasar kemampuan kita...atau lebih ringkas maknanya setiap dugaan yang kita terima samada dalam bentuk permasalahan mahupun bencana merupakan sesuatu yang kita mampu atasi..Insyaallah...berusahalah tanpa mengenal putus asa..berdoa..tawakal dan istiqamah..

(Doa Nabi Zakaria)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Al-Anbiya, Ayat 89


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. Ali-Imran, Ayat 38 

Sumber: rahmatquran

Labels: