Setengah Hari Di Karangkraf

Masa zaman sekolah dulu...saya antara yang terajin ikut lawatan a.k.a rombongan yg dianjurkan oleh para cikgu..mintak mak isi borang kebenaran penjaga..sekali dengan duit..sebab nak beli souvenir kat tempat lawatan n jajan sekali heehe..best sungguh dapat jalan..tengok tempat orang..yela...saya budak kampung..bila sesekali dapat ke bandar...teruja sungguh...tapi...harini saya pulak yang kena kordinasikan lawatan bagi jabatan saya..hidup kitakan umpama roda...suatu masa pasti kita akan rasa..heehee...bila imbas kenangan lampau...bikin saya gelak sorang-sorang..tak nakla kenang selalu..nanti jemu...sekali-sekala bolehla...
Lawatan  ke Karangkraf  pastinya menimbulkan banyak kenangan buat diri saya...pelbagai ilmu yang diperolehi..staf Karangkraf baik-baik belaka..layanan yang diberikan sangat memuaskan..kalau tak percaya..pakat dengan rakan sekerja..suarakan kat bos...jom serbu Karangkraf..tak rugi punyo! Saya dibawa melawat kesemua tempat oleh En Hashim Anang - Pengurus Komunikasi Korporat Kum. Karangkraf...penerangan yang diberikan amat jelas dan menarik. Jangan tak tau..gambar grouphoto kami telah disiarkan di Akhbar Sinar Harian ...satu-satunya Suara Cakna yang diterbitkan di bawah Kump. Karangkraf..kepada bloggers yang menganjurkan aktiviti yang menarik..jangan segan silu nak call reporters Sinar Harian sebab mereka ni bergerak dan berada di setipa kawasan..tak percaya cecepat beli Sinar Harian...anda akan dapat contac no wartawan yang berada di kawasan anda..pastinya mereka akan terjah ke aktiviti /program anda.
Nak cerita sikit pasal Karangkraf...Karangkraf merupakan antara company bumiputera yang berdiri utuh sehingga ke hari ini..sungguh mengagumkan saya secara peribadi...yang penting MELAYU okeh! saya baru je berjinak-jinak dengan Karangkraf bila mula melanggan PA&MA..heehee..so pada ibu-ibu muda..tak rugi kalau kita baca PA&MA..banyak info yang kita dapat melalui pembacaan..tak percaya pegila kedai buku yang terdekat...majalah terlaris dan confirm cepat habis..bayangkan lebih dari 20 Majalah yang diterbitkan. Semuanya menarik dan jenis yang diterbitkan tepat pada sasaran pembaca.
Part yang saya rasa paling mengujakan bila dapat beramah mesra dengan CEO Karangkraf - YBhg Dato' Hussamuddin bin Hj. Yaacub. Beliau cukup peramah dan yang amat mahal bagi saya adalah pengalaman yang dikongsikan dalam membina empayar Karangkraf. Bukan mudah untuk berjaya..pasti ada jatuh bangunnya tapi tu semua sedikitpun tak merencatkan cita-cita beliau malah menjadi pembakar semangat untuk berjaya sehingga ke hari ini. Sempat Dato' berseloroh " Biar kamu bertubuh kecil tapi otak kamu tak kecil"....yang penting tanamkan minat pada anak-anak...terapkan budaya membaca..Insyaallah..kamu pasti berjaya..

Kempen PEDULI Kum. Karangkraf

Penerangan diberikan oleh Editor Majalah Nona

Bersama Kartunis Gayo

Galeri terbitan Karangkraf

 Gambar Kenangan Bersama CEO

Labels: