Contest 'Anak Ayah'


Nak join...Jangan segan klik banner ye..
Due pada 17 Jun 2011
(sempena birthday Mr hubby Puan Nina & ayah pada Muhammad Ismadanial)

Jomla kita meramaikan contest ni..ikatan ukhuwah pun terjalin dan saling mengenali antara satu sama lain



Buah hati kesayangan me..Mr Khairul (Luvly Hubby) & My Lil Khalish ( Permata Hatiku)
Masa ni me bercuti di Cameron dan umur Khalish 9 bulan...1st time bawak Khalish jalan jauh..seronok sangat..tak banyak sangat ragam dia..suka senyum je...
Ramai yang tegur Khalish banyak iras Mr Hubby..perangai pun seakan sama..
Anak papa sungguh! Me sikit pun tak terasa hati kalau orang tegur Khalish iras papa..papa pun ensom wat...huuhuu...biarlah ibu yang puji ye Mr Hubby..kang kalau orang lain memang me jelous...heehee..haru pulak jadinya..

Khalish memang tak boleh tengok apa yang Mr Hubby buat...dia akan perhatikan dan mesti nak cuba..macam 1 hari tu Mr Hubby kebetulan betulkan tombol pintu...dia tenung dari A sampai Z...pastu sibuk dok ambik tombol yang rosak tu..pegang sebelah kiri dan screw driver sebelah kanan..seolah-olah tiru balik gaya Mr Hubby...lucu betul aksi dia sampai lupa me nak snap gambar..

Kalau nak tau..yang paling sama perangai dua beranak ni bila buat sesuatu terlalu kusyuk sampai kemam mulut...camtu jugaklah Mr Hubby...sory ye Mr Hubby..dah terpecah rahsia...

Itulah hakikatnya...kalau kuah tak tumpah ke nasi..kat mana lagi ...kalau kat lantai membazir pulak..

Ketahuilah bahawa kalian merupakan penyeri hidupku...
Penyambung semangat dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan.. 

Labels: