Isu Kahwin Lewat Wanita Bujang

Kagum dengan keprihatinan pihak LPPKN yang memandang serius dengan trend wanita bujang kini yang kahwin lewat. Rata-ratanya terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi. Isu ini dikatakan berupaya membawa kesan kepada institusi kekeluargaan kelak. Mungkin ada kebenaran disebalik kajian yang dijalankan. Sebelum ni me pernah bertanya kepada kawan-kawan yang lewat kahwin...feedback yang diperolehi bukanlah terlalu memilih tapi belum ada jodoh..mungkin mereka mempunyai commitment yang perlu dilunaskan..ada yang mengutamakan keluarga especially menjaga ibubapa yang dalam keuzuran..banyak faktor yang perlu dilihat..mungkin ada jugak yang pernah mengalami kekecewaan dan serik dalam perhubungan..jangan hanya menuding jari ke arah golongan ini..me bukanlah bertujuan nak provokasi...hanya pandangan semata-mata..
Cuba kita ditempatkan menjadi diri mereka..pasti akan rasa macam ada batu dalam kepala..mana tak nyer..time raya bila jumpa sanak saudara ...masa tulah keluar macam-macam soalan..boleh tension dibuatnya..me pun kahwin bukanlah muda sangat..ngam-ngam soii la kata orang..apapun me tetap mendoakan agar kawan-kawan diluar sana dipercepatkan jodoh dan mendapat pasangan yang diidamkan..amin..

Labels: