Ketabahan Seorang Ibu

Harini ni me nak sharing something..hakikatnya me terkesima dengan ketabahan hati seorang ibu yang memiliki anak yang sangat istimewa...bayi yang dikandung dilahirkan pada usia genap 8 bulan..bayangkan betapa survivenya si kecil dan pasrahnya hati seorang wanita yang bergelar ibu dengan ketentuan yang diberikan olehNYA...si kecil diberi nama Putera Syamimhaikal...

Disebalik pementasan teater Ali Baba yang pernah disiarkan pada Disember 2006... pasti akan teringat watak 'Sarjan' yang dilakonkan oleh adik Haikal...siapa sangka Si Cilik Haikal yang sejak lahir disahkan mengidap penyakit Congenitial Mascular Dystrophy
dapat berjalan semula empat bulan sebelum teater pementasan dipertontonkan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan mahupun tongkat yang sebelum ini menjadi teman setia.....kesyukuran dipanjatkan ke atas anugerah Ilahi ...inilah yang dinamakan ketentuan dariNYA dan apa yang pasti tiada tolok bandingan...DIA YANG MAHA BERKUASA dan punyai segalaNYA..

Hati ibu mana yang tak gembira apabila anak semakin menunjukkan perkembangan yang positif apatah lagi saat yang ditunggu telah tiba untuk melihat anak berjalan seperti kanak-kanak biasa...segala tomahan yang dilemparkan oleh masyarakat tidak dipedulikan malahan dijadikan sebagai medan juang...biarpun ada segelintir yang tidak memahami malahan Si Cilik Haikal tidak dibenarkan untuk mengikuti penerbangan ke luar negara atas sebab yang tak munasabah bagi me...Si Cilik Haikal tidak diberi peluang meskipun beliau kini telah menunjukkan keupyaan seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya walaupun tidak sepantas mereka..

Sesungguhnya hati me begitu terusik bila si ibu meluahkan sedikit rasa kesesalan terhadap mereka tak memahami...bukan simpati yang diminta tetapi berikan sedikit ruang untuk si Cilik Haikal menghirup keselesaan seperti insan yang sempurna..

Kisah lanjut disini...



Sumber lanjut boleh diperolehi dari: SD

Labels: