Media oh Media


Tengah dok selak Harian Metro...mata me tertacap kat satu column dan artikel yang ditulis .."Media perlu bantu bina negara, bangsa"...ada betulnya di mana pengamal media memikul tanggungjawab yang amat berat dalam usaha membantu kerajaan membina negara dan bangsa..kalau media yang bertentangan tu...me tak nak ulas lebih lanjut...cuma jauh di sudut hati berkata jugak...kita bepijak di bawah satu langit...bumi Malaysia yang aman damai...kemerdekaan yang telah capai selama ini sepatutnya dihargai dan digunakan sebaik mungkin..takkan kita nak biarkan anak cucu kita kelak berhadapan dengan keadaan yang kucar-kacir..dah macam pelarian pulak..kita sendiri pun tak nak semua benda yang tak elok berlaku...sedangkan harga naik pun kita dah mengeluh..apatah lagi kalau berkaitan dengan keamanan...
Blog pun boleh dikira pengamal media tak?? heehee..sekarang media baru  iaitu internet pun diakui lebih menyerlah...paling pantas dan cepat...tapi sebab terlalu menyerlah sangat ...sampai banyak pulak andaian dan provokasi yang timbul..alahai....kalau diimbas balik ..dulu-dulu reporters yang kena assign sesuatu peristiwa kena balik ofis dan taip balik guna 'mesin ketuk'...kuat pulak bunyi yang keluar..heehee...sekarang di lokasi pun boleh siap berita...dulu lain..sekarang lain..teknologi semakin menguasai cara kehidupan seharian..
Media mampu membentuk pemikiran masyarakat ke arah budaya dan identiti negara yang lebih baik..sebab tu bila tengok kandungan siaran media harini pun banyak yang ketengahkan tentang penerapan nilai membudayakan negara..pemikiran yang kreatif mampu meninggalkan mesej yang jelas terhadap kominiti selain dari penggunaan bahasa kebangsaan yang betul..heehee..bab bahasa nila yang kadang-kadang me terkantoi..tapi bahasa pasar dibolehkan..kan..

Labels: