Mulanya Memang Tak Suka

Berakhirlah sudah kisah JUVANA yang disiarkan setiap hari Isnin (9mlm)...mulanya memang me tak follow sebab tajuk pun cam tak best..tapi ada satu episod yang mula menarik minat me..episod mana tak ingat tapi tengah-tengah la..heehee...maklumla urat dah banyak putus..dari situla mula timbul bibit-bibit terfollow citer ni..tak pernah miss..TV3 memang best dan sentiasa menyajikan cerita yang terbaik..lepas ni tak taula citer apa yang menggantikan slot..harap-harap best jugak..
Memang mendebarkan semalam bila tengok aksi budak-budak yang teraniaya..sedih betul..lagila bila tengok lakonan Bront Palarea yang cukup berkesan sampai boleh timbul perasaan benci-sebenci-bencinya...adoyaii...emosi pulak tetiba..masa tengok trailer me dah fikir bukan-bukan..janganlah Cikgu Zakiah kena rogol...yela..bila tengok dia kena tangkap..macam-macam boleh berlakukan..nasib takde kalau tak sumpah seranah sure terkeluar..
Gabungan penerbit Kabir Bhatia, pengarah - Faisal Ishak dan penulis skrip - Alfie Palermo memang tak boleh dinafikan lagi..
Pengakhiran cerita pun boleh tahan..me senyum sendiri bila Daim mengajar balik di Sekolah Wira Bakti...agaknya lepas ni ada tak slot cerita Juvana 2.. kita tunggu jela..mungkin Botak kembali sebagai kaunselor..sape tau kan.. 

Labels: