Pindah Tempat Tido

Alhamdulillah...me sekeluarga selamat sampai ke destinasi...agak lewat sampai sebab lewat jugak keluar dari KL...so far Khalish dalam keta tertido...agak terkawal la jugak me n Mr Hubby...maybe siang Jumaat dia tak lena...cakap pasal bab tido...bila dah lentok dalam kete...alkisah sampai je rumah BIL...Khalish dah segar...alamak...jenuh me melayan...sampai tertido-tido..tapi Khalish tak jugak tido...alahai anak ibu...agaknya bak kata orang tua-tua beralih tempat tido kot..punyalah susah dia nak baring..Mr Hubby lama dah bermimpi...agak lama lepas tu baru Khalish tertido tapi still tak lama....nilah dugaan dalam membesarkan anak-anak...rasanya badan Khalish pun tak berapa sedap malam tadi sebab pagi Jumaat tu me bawak dia ke klinik ambik injection 18 bulan..harap-harap harini dia ok..
Bila kita dah ada kat kampung..macam-macam planning/idea timbul..mula la petang ni nak ajak Mr Hubby ke Parit Raja..nak tengok kehadiran orang baru...bila bulan posa..kena buat aktiviti sikit ..kalau tak kang mak buyung melepek kat rumah...heehe..ngada-ngada je bunyikan..ziarah takpe..jangan tershopping pulak..tapi tak taula kalau tetiba mata ni ternampak sesuatu yang menarik..takleh nak kata apekan..

Labels: