Saya Suka Air Soya Kurang Manis

Dok tengah selak paper KOSMO...me tertarik nak berkongsi sesuatu..mudah-mudahan boleh dijadikan sebahagian daripada tips di bulan Ramadhan..

8 Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat:

1. Makan kurma dan minum minuman segar - Pilihla makanan yang berkualiti semasa berbuka seperti kurma dan minuman segar termasuk jus buah-buahan. Kurangkan minuman yang terlalu manis semasa berbuka.

2. Minum air masak secukupnya - Dehidrasi yang berlaku sepanjang berpuasa perlu dilunasi dengan kandungan air yang secukupnya seperti pengambilan air masak. Tetapi kepuasan menghilangkan dahaga dengan minuman berkarbonat boleh memudaratkan penghadaman serta menjejaskan selera makan.

3. Buka puasa dengan minuman kandungan gula ditahap yang sederhana dan semulajadi - Alternatif terbaik untuk memulakan berbuka ialah minuman yang selesa untuk perut dan penghadaman seperti jus buah-buahan dengan kandungan gula yang sederhana dan semulajadi.

4. Ekstrak kacang soya  pilihan terbaik - Ekstrak kacang soya adalah antara pilihan yang terbaik untuk memulakan pemakanan yang terhenti sepanjang kita berpuasa. Mulakan berbuka dengan sumber makanan semulajadi, tiada pengawet serta mudah dihadam.

5. Protein soya boleh meningkatkan kualiti kesihatan - Minuman kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kesihatan tanpa mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan. Penemuan saintifik anatara lain mendapati kacang soya adalah antara tujuh makanan berkualiti tinggi untuk kesihatan badan. Protein soya mengawal paras kolestrol serta mengurangkan risiko penyakit koronari.

6. Gula kompleks kacang soya menjaga kesihatan dalaman (kolon) - Kacang soya mengandungi gula kompleks yang boleh memperbaiki masalah sembelit juga sebagai makanan utama robiotik di dalam usus besar untuk kesihatan.

7. Adakah anda sudah emmilih Yeo's untuk memastikan kesihatan terjaga - Produk soya agak sensitif kepada kontaminasi. Yeo's dalam proses pengeluaran memastikan minuman kesihatannya bebas daripada pencemaran. Pengambilan susu soya buatan sendiri juga tidak digalakkan jika ia dihasilkan tidak mengikut amalan penyediaan makanan yang betul. Ini boleh mendedahkan anda kepada kesan negatif yang tidak diingini.

8. Tambahkan selera anda, cipta kelainan - Untuk menambah selera dan kesegaran berbuka, susu kacang soya sejuk boleh diminum bersama hirisan kurma atau dikisar bersama ketulan ais. Campuran jeli juga boleh mempelbagaikan citarasa minuman anda.

Sumber: Kosmo Ahad ( 31 Julai 2011) dan YEO'S The Natural Choice´╗┐

Labels: