Anak Manusia...Bukan Binatang

Sayu betul hati harini bila berkongsi kisah dengan seseorang..rasanya bila menjelang raya..semua orang tak sabar nak jejak kampung halaman..semua orang akan happy..tambah bagi yang bergelar nenek...pasti mengharapkan kepulangan cucu yang meriuhkan suasana rumah yang sebelum ni sunyi sepi...sebenarnya bukan setakat makbapak pun suka..anak pun sure riang sebab jumpa sepupu-sepapat..tapi..apa kes kalau anak yang kita lahirkan dari rahim kita sendiri..tiba-tiba kita dengar terkeluar dari mulut seseorang...
"tak tido lagi sekor ni...buat apa malam-malam ni.."
just imagine yang keluar cakap tu pulak dari MIL...tak ke tersentap dan luluh hati ibu yang melahirkan...dan yang bercakap tu pun pernah melahirkan jugak...so sendiri fahamla..tergamak betul samakan cucu dengan binatang..ni nak kategorikan hati camne ek..hati umpama @%$#&*^! .....
Rasanya binatang pun sayangkan anak...ni kan pulak manusia..tambah baru ada sorang cucu..aduyaiii...bukan ramai pun..sorie la kalau ada nenek kat luar sana yang terbaca entri ni dan pernah buat benda yang sama..
Me geram sangat..apela yang dapat difahami oleh seorang cucu yaang baru menjangkau ke 2 tahun..lewat tido perkara biasa..kalau penat sangat..taula dia tido..kadang-kadang kita nak paksa bukannya boleh pun..
Jangan nak salahkan menantu kalau raya tahun seterusnya tak balik beraya..kalau esok-esok cucu dah besar pun jangan nak sibuk tanya mana cucu..tak ingat kat nenek ke..fikir balik dalam-dalam layanan yang diberi..

Labels: