Rancak Beraya

Baru me perasan...semakin malas nak update entri..banyak je perkara yang nak dikongsikan bersama kawan-kawan..cuma kemalasan melanda..tambah kat opis..tenet tersangatla slow..aduhaiii...kalau kat rumah toksah nak cerita..ade je perkara baru yang di'create oleh Khalish..sampai tak dan nak update..
Weekend lepas kami beraya sakan...ade je aktiviti start hari Rabu...tetiap malam berkunjung sakan..dah orang invite datang rumah..takkan nak tolak..'rezeki jangan ditolak'..sambil tu boleh mengeratkan hubungan persaudaraan kan..bukan selalu pun kunjung-mengunjung...
setahun sekali je..
Semalam me sempat lagi ajak Mr Hubby turun Seremban..dapat la jugak jejak 3 rumah..kebetulan memang ada jemputan openhouse...lama jugak tak jejak Seremban ni..antara area yang kami singgah..
Sikamat - Taman Kristal - Taman Pinggiran Golf, Paroi..
Zaman sekarang ni kalau tak tau tempat nak terjah pun takpe..GPS ada membantu..tak susah sesat barat nak cari rumah..teknologi yang ada kita mesti gunakan sepenuhnya...tak sempat pulak me nak snap gambar beraya...biasala mak buyung...kekadang terlupa..
Seronok gak berjalan sambil ditemani kerenah Khalish..so far ok cuma kadang-kadang bila mood tido terganggu..ha mula la suma serba tak kena..puas gak nak memujuk..sib baik Mr Hubby ada...anak papa la katakan..huuhuu..
Rasanya hujung minggu ni pun schedule dah padat dengan jemputan..tambah Jumaat dah start cuti..nampaknya panjang lagilah langkah me sekeluarga...

Time saya tido jangan ganggu tau...



Labels: