Ada Bakat Tak

Lama dah tak bawak My Lil Khalish beriadah..so semalam lepas Asar menyempatkan diri jugak bawak Khalish ke taman yang berdekatan dengan rumah..kesian pulak sebab lame bebenor rasanya Khalish tak pijak rumput..apatah lagi berlari kat tempat yang luas..bila dah sampai kat taman punyala sakan dia berlari..bawak bola sebijik..macam-macam aksi keluar..ada bakat rupanya anak ibu ni..
Sampai berpeluh Mr Hubby dibuatnya...tapi Mr Hubby tetap cool melayan...atleast keluar gak peluh...
Me pulak sempat berkenalan dengan seorang mama yang begitu tabah membesarkan anak kedua beliau yang dilahirkan masa kandungan beusia 8 bulan..Alhamdulillah...cukup segala sifatnya cuma lambat untuk bercakap..InsyaALLAH..me doakan agar suatu hari nanti anak beliau dapat bercakap dan berupaya membawa diri dalam apa jua keadaan..sungguhpun istimewa..dari pandangan mata me...anak itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri...
Petang tu jugaklah me dapat bertukar-tukar pandangan...dapat kawan baru pun ye..seronok gak bila dapat sharing perihal anak-anak ni...sambil beborak tu e peratikan jugak telatah Mr Hubby & Khalish...tapi sempat dari jauh jela..happy je dua beranak tu main..tunggu lepas me kembali slimla..baru dapat berlari ngan Khalish..tak sabo rasanya...
tapi taklah lama sangat beriadah sebab nak bawak Khalish gunting rambut..


Saya ada bakat tak???





Nextime papa kena jaga gol.....

Labels: