Go Ibu Go

comey tak sticker ni..


Me beli kat Kumpulan Susu Ibu = KIM..murah je..tak sabo nak lekat kat keta..sokongan dalam memperjuangkan susuibu tak pernah padam..selagi badan dikandung hayat...betapa anugerah dan ciptaan Ilahi yang tiada tolok bandingannya...Subhanaallah..bermula dari pengetahuan yang sememangnya ditahap zero...me bertatih dalam mencari gali info berkaitan SI...dan Alhamdulillah..akan diteruskan sehingga permata hati yang ke-2 dilahirkan..InsyaALLAH..
Bagi mommies yang kat luar sana...jom kita sama-sama memperjuangkan SI..masih belum terlewat pada mereka yang belum berjaya...dengan syarat jangan berputus asa...pada yang dah berjaya..mehla sesama kita support mereka yang memerlukan khidmat nasihat...berkongsi tak salah malahan akan bercambah pengetahuan yang ada...



wahai wanita yang bergelar ibu...ingin dikongsikan bersama..betapa nikmatnya apabila tiap titisan susumu itu menakluki tiap pelusuk ruang badan anakmu yang kecil mulus...antibodi yang tiada nilainya..dengan titisan itulah hilang kehausan dan memberi kekenyangan...tiada apa yang akan dibalas oleh si kecil melainkan mengahdiahkan akan dirimu wahai ibu dengan sebuah senyuman yang menawan..

Labels: