Kekuatan Itu Ada Dalam Diri

Lately ni banyak betul kisah yang menyentuh  hati bila baca...memang meruntun perasaan apatah lagi ianya dari luahan hati seorang insan yang bergelar ibu...wanita ni sebenarnya diberi oleh Ilahi satu kekuatan yang luar biasa...tak mudah untuk mengalah...itu hakikat sebenarnya..cuma ada masanya luahan itu perlu bagi mengosongkan apa yang terpendam...adakalanya disalahtafsirkan...terpulang pada individu...'rambut sama hitam...hati lain-lain'...
Tiada insan lain yang sering bertakhta di hati setelah seorang wanita itu berkeluarga...ketahuilah olehmu para lelaki yang bergelar suami..kehadiranmu menjadi kekuatan dan pendorong dalam meniti alam rumahtangga bagi isteri..kejujuran..kesetiaan...kasih sayang menjadi pengikat ikatan dalam membajai keharmonian ikatan halal yang terjalin...
Kehadiran permata hati...menjadikan aura hidup bertukar kepada kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya...tiap langkah wanita yang dulu bergelar isteri kini menjadi ibu...tapi itu tidak sedikit pun menghambarkan ikatan bersama suami tetapi saling melengkapi dengan adanya keletah si kecil yang sentiasa ingin didampingi..cuma ada ketikanya terpaksa berjauhan lantaran lumrah tuntutan ibu yang berkerjaya..
Tapi adakalanya...hati ibu menjadi kosong tiba-tiba..bukan disengajakan...hanya berfikir untuk seketika dan muhasabah diri sedalamnya...adakah segala keperluan yang sedia ada kini mencukupi untuk hari yang mendatang...

penawar hati..penyeri kebahagiaan

Labels: