'Dating' Bersama

Rasanya memang dah lama tak keluar 'date' berdua je dengan Mr Hubby sejak kawen...selalu ber'tiga' dan sekarang dah ber'empat'...nak makan dengan tenang dan romantiknyer lupekanlah...nanti bila anak dah besar bolehla kot..sekarang semua perkara kena buat dengan pantas..kalau terhegeh-hegeh haru jadinye..nak kejo yang sulung..nak kelek yang adik...biasalah..anak kekecikkan...semua tu tetap tak menjadi halangan untuk me & Mr Hubby outing bersama anak...semalam petang memang best la nak 'ngeteh' sebab dapat minum dengan amannyer bila situasi camni berlaku...


 Khalish & Khaleef tido kepenatan setelah meneman ibu bershopping..susah nak dapat situasi camni sebenarnya...kalau tak abang yang jaga...adik pulak nak nyusu...


sempat lagi pasangan ni bergambar ye..heehee....me mintak tolong adik 'Old Town' snapkan ...lame dah kami tak amik gambar bersama..lepas ni nak kena train Khalish snap gambar...pegang camera pandai dah dia cuma nak tekan snap gambar bebetul je tak dapat nak catchup lagi..


Hampir lima tahun usi perkahwinan me...sekejap betul masa berlalu...dari single me dah bergelar wife dan ibu kepada dua permata hati tersayang..Alhamdulillah...segala kesusahan dapat kami hadapi bersama..tolak ansur, kepercayaan dan kejujuran sangat penting dalam menempuhi alam rumahtangga..

Labels: