Ibarat Nyawa

Masuk ni minggu kedua berkerja selepas bercuti pantang selama 60 hari...Alhamdulillah...kenapa me just amik 60 je..patut boleh dapat 90kan..huuhuu...sure ramai yang dapat teka..apepun 'biarlah rahsia'...
Proses kerja berjalan dengan lancar dan yang paling penting sesi 'pumping' tidak dilupakan..rutin kembali seperti biasa...'working mom'..tapi sesekali rasa rindu jugak dengan anak-anak sebab faktor utama waktu cuti berpantang memang solid masa dihabiskan bersama Khalish - seorang abang yang penyayang & Khaleef - yang tersangatlah bam-bamnyer...
Dan sehingga ke hari ini me dapat bekalkan Khaleef dengan EBM yang fresh dari 'ladang'...means still tak guna agi stok dalam DF...just perahan hari ini bekalan untuk esok..setakat ni me hantar ke BS 4oz x 5/6 botol perday..kuat betul Khaleef menyusu..dan keazaman ini InsyaALLAH akan me diusahakan sehingga Khaleef berusia 2 tahun..penah 1 hari tu terlupa bawak part pumping...perghh...menggelupur me cari motor...rempit kejap balik rumah amik..perkara tertinggal ni bukan boleh dibuat main...nasib ada yang sudi memberi bantuan pinjam moto..Alhamdulillah...InsyaAllah lepas ni tak tertinggal lagi...


Khaleef 2 bulan=6kg

ciuman seorang abang untuk adik tersayang

ibu & papa sayang kamu berdua...semoga Khalish & Khaleef menjadi anak yang soleh..buat Khalish...semoga kamu berupaya dan berusaha menjadi seorang abang yang bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada yang lain..jagalah adikmu selagi hayatmu dikandung badan..

Labels: