Sayang Kamu

Tiap kali tengok wajah anak-anak ibu...pasti ada rasa sayu...ibu tak tau kenapa dengan tiba-tiba airmata ibu akan jatuh..walhal kalian sepatahpun tak bersuara..kadangkala akan terjengah kegusaran di benak fikiran...menerewang jauh ke langit...sempat ke ibu nak tengok...

# Kalian berjaya menjadi insan yang soleh..
# Menjadi insan yang disenangi serta berguna demi agama dan bangsa..berjaya dalam hidup...
#  Menjaga ibu & papa bila kami sudah tidak berdaya kelak..
# Kalian berkeluarga dan dikurniakan anak-anak yang comel secomel kalian masa dilahirkan...

Maaf...
...ibu tak dapat nak meneruskan luahan rasa kerana disaat ini seperti ada titisan panas yang sedang mengalir membasahi pipi..


Ibu & Khaleef

Kasih sayang yang tiada penghujungnya...andai masa boleh dihentikan..setiap saat itu ingin ibu abadikan bersama anak-anak ibu...tapi hakikatnya masa itu amat mencemburui kita..

Labels: