1st Food Baby

saya suka sangat time mandi...
bila tengok tub...saya akan menjerit keriangan...

5m = 7.89kg

sekarang me sibuk meng'google'kan diri sebab nak refresh balik 1st food untuk Khaleef...
dah hampir terlupa..sebab Khalish pun dah dua tahun lebih...

dan sedikit info yang ditemui dari BabyCenter.com:

Mulalah dengan mencampurkan satu sudu kecil bijiran dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak suam. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari saja, tetapi pastikan ianya bersih. Secara ringkas, cecahkan hujung jari anda ke dalam campuran bijiran dan suapkan bayi anda. Jangan harapkan yang dia akan makan banyak pada satu-satu masa – perut bayi yang kecil hanya dapat mengisikan hidangan yang sedikit, dan sebahagian besar nutrisinya akan terus datang dari susu badan atau susu formula untuk beberapa bulan ke depan lagi.

Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah puri buah-buahan seperti pisang, pir dan epal, dan sayur-sayuran seperti karot, labu dan kubis bunga. Anda juga boleh mencuba sayur-sayuran berkanji seperti ubi kentang dan ubi keledek. Di usia ini, adalah penting untuk memberikan bayi anda makanan berperisa lauk-pauk di samping yang manis, jika tidak, dia akan membina kegemaran terhadap makanan manis.


Labels: