Kecederaan Di Kepala Bayi

Harini mood sangat ke laut...
asyik nak meleleh je...
untuk itu..hati ni sangat ingin mengetahui tentang satu perkara..

Perkara apakah agaknya ya..

..................................................................................


Tanda dan gejala akibat kecederaan kepala
 
Kepala anak anda bengkak biasanya pada dahi. Anda perlu lebih bimbang jika bengkak ini berada di tepi atau belakang kepala kerana ada kemungkinan berlaku keretakan tengkorak.
Anak anda pitam. Pitam dalam jangka masa sangat pendek iaitu kurang daripada satu minit. Walaupun perkara ini sangat jarang berlaku tetapi jika anak anda pitam, segera bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Jika anak jatuh dan menangis kuat, itu petanda baik kerana ia hanya membabitkan bahagian luar kepala saja. Tidak mengapa jika dia menangis lama kerana yang penting dia dalam keadaan sedar. Anda perlu risau kalau anak pitam, walaupun hanya untuk beberapa saat kerana itu petanda tidak baik.
Sakit kepala. Masalah ini biasa berlaku dan membabitkan 20 peratus kanak-kanak. Pada kanak-kanak kecil, mereka akan meragam.
Muntah. Jika anak anda muntah selepas kepalanya terhantuk, jangan bimbang kerana ia adalah perkara biasa. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan muntah sekurang-kurangnya sekali. Namun anda perlu berasa bimbang sekiranya anak anda muntah berulang kali terutama jika perkara itu berlaku lama selepas kemalangan (lima hingga enam jam). 
Segera bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 
Sawan. Ia jarang berlaku tetapi jika ada ia mungkin menandakan kecederaan otak.
Keliru. Ia biasanya disebabkan kecederaan otak. Anak anda mungkin menunjukkan tanda seperti tidak ingat perkara yang baru berlaku, muntah dan berasa pening.


Biasanya anak yang terjauh akan tidur seketika selepas kemalangan. Jangan bangunkan anak, sebaliknya biarkan dia berehat dan tidur secukupnya. Apabila anak bangun, dia sepatutnya boleh mengecam anda, ahli keluarga lain dan keadaan sekelilingnya.

Bila ibu bapa perlu risau?

Semua ibu bapa risau apabila kepala anak mereka terhantuk kuat. Mereka akan lebih risau apabila mendengar tangisan anak yang kuat dan tidak berhenti.
Seperti disebut di atas, tangisan dalam keadaan sedar itu petanda baik kerana ia tidak membabitkan kecederaan otak.

Kanak-kanak terutama yang masih kecil tidak ingat kesakitan dialami ketika jatuh. Biasanya selepas berhenti menangis, mereka akan bangun dan bermain semula. Bagaimanapun, ibu bapa perlu risau apabila anak menunjukkan tanda seperti:

  • Muntah berulang kali atau muntah selepas beberapa jam kemalangan berlaku.
  • Mengalami sawan.
  • Kemalangan berlaku pada bayi berumur kurang daripada enam bulan.
  • Pitam seketika.
  • Sakit kepala yang keterlaluan dan semakin teruk.
  • Perubahan tingkah laku seperti lesu, sukar untuk terjaga, sangat meragam dan perlakuan tidak normal yang lain.
  • Anak sukar berjalan, jadi kelam-kabut atau hilang keseimbangan.
  • Keliru dan percakapan menjadi tidak jelas.
  • Pening kepala yang tidak hilang atau berulang-ulang.
  • Keluar darah atau cecair badan daripada hidung atau telinga.
  • Pendarahan yang tidak berhenti walaupun sudah memberi tekanan pada luka selama 10 minit.
  • Anak jatuh dari tempat tinggi (yang lebih tinggi dari anda).

    Jika anak anda mengalami gejala di atas, bergegaslah ke hospital. Biasanya anak anda akan ditahan di hospital bagi membolehkan doktor membuat pemantauan dalam tempoh 24 jam.

    Perlukah dilakukan imbasan sinar-X atau CT pada kepala anak anda?

    Perkara ini tertakluk kepada keadaannya. Biasanya doktor hanya akan menyarankan imbasan sinar-X jika didapati ada benjolan atau darah beku pada kepala si kecil. Imbasan CT pula hanya dilakukan jika muncul tanda yang membimbangkan. Jika tidak, imbasan ini tidak perlu kerana setiap imbasan ada risiko radiasi. Perlu anda ketahui bahawa radiasi imbasan CT adalah 20 kali ganda lebih tinggi berbanding sinar-X.


  • - Ya ALLAH Ya TUHANku..Yang Maha Berkuasa Memiliki SegalaNYA..
    berikanlah kekuatan pada anak kecil itu..sembuhkanlah dia..
    Sesungguhnya hanya Engkau yang berupaya mengubah apa yang dikehendaki...-
    Sumber Info: Metro Online

    Labels: