Penyusuan Susu Ibu...Jangan Mengalah..

Sekadar renungan bersama..

Pendapat saya..sebagai ibu yang menyokong penyusuan susu badan..
kita jangan terlalu leka..
bagi saya istilah 'masa itu emas' begitu bermakna..
apatah lagi saya merupakan seorang ibu bekerjaya...

Mengapa saya berkata demikian...
sebab setiap masa yang terluang pastinya diisi dengan sesi 'pumping'

Mengapa jadi begini...
sebab bekalan atau stok perlu untuk diberikan kepada BS atau nursery..
bukan sehari dua..tetapi menjangkau 24 bulan sebaik-baiknya..
kena ingat tu..

Sebenarnya setiap ibu mampu melaksanakan tanggungjawab..
yakni menyusukan anak sehingga mencecah ke umur dua tahun..

Terus terang saya katakan...
tiada pendedahan secara terus saya perolehi dari orang perseorang berkaitan penyusuan susu ibu
hanya keinginan yang terlalu tinggi melalui pembelajaran 'tanpa guru'..

Jawapannya...
sewaktu melahirkan anak sulung...lappy menjadi teman setia saban waktu
dan adakalanya sahabat menjadi rujukan...

Dan kini..Alhamdulillah..kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi...
saya mampu senyum sendirian...bukan niat untuk membangga diri tetapi..
setiap usaha tanpa jemu dan kesungguhan itu pasti membuahkan hasil...

sesi pumping 10m..curi masa sementara Khaleef tido..

Niat dan usaha murni dalam menyokong penyusuan susu ibu 
diteruskan hingga anak kedua saya...apa yang penting sentiasa positif..
katakan pada diri yang kita boleh lakukan...
dan kita juga mahu memberikan yang terbaik untuk anak...

Jangan sesekali mengeluh sekiranya 'hasil yang diperolehi tidak memberansangkan'...
kerana..
DIA tahu setakat mana kemampuan kita dan percayalah..
'titisan emas' yang keluar itu cukup sebagai bekalan..
Jangan lupa memanjatkan kesyukuran kepadaNYA
Subhanallah...Alhamdulillah...

'Usaha Tangga Kejayaan'
Yakin Boleh!

Labels: