Pergimu Takkan Kembali

Sayang anak ibu...ibu halalkan setiap titisan susu yang pernah ibu berikan..
tak pernah ibu menjangkakan ini pengakhiran pertemuan kita...
ibarat selembar kain putih...
suci dan bersih anak ibu pergi..DIA lebih menyayangimu...

Cuma ibu terkilan rasa sebab abang Khalish & Khaleef belum puas mengenalimu..
tak sempat untuk kalian bergurau senda..meskipun pernah berjumpa untuk seketika..
pernah jua ibu merancang untuk kita sekeluarga cuti bersama..
namun...kita hanya mampu merancang...
DIA yang menentukan..hanya DIA yang Maha Berkuasa..

Sesungguhnya kamu antara insan yang terpilih...

Tiada lagi pertanyaan yang sering ibu lontarkan pada abah kamu setiap kali di pejabat...
Tiada lagi perkembangan kamu setiap hari yang akan ibu dengar dari mulut abah kamu..
dan..
tiada lagi susu yang mampu ibu bekalkan pada kamu...

Ya...setiap hari kami akan sebut nama kamu....
hanya untuk sebelum ini...
selepas ini..dan hari yang mendatang...tiada lagi sebutan dimulut ibu nama kamu..
biarlah terpahat di hati ibu..

Tenanglah kamu di SANA..
Disisi DIA Yang Maha Agung..
Ahli SYURGA seperti yang dijanjikan..

Ibu Sayang Muhammad Ammar...
anak susuanku..
(10 Oktober 2012 - 21 Februari 2013)
Al-Fatehah..


- Kupanjatkan kesyukuran padaNYA kerana diberi peluang mengenali insan 
yang tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan yang diturunkan olehNYA -

Labels: