Gangguan Bekalan Air - Diuji Lagi

Harini apply off keja sebab esok n lusa nak exam...tapi DIA uji lagi hambaNYA...
ke laut la mood nak baca buku...asyik dok pikir nak angkut air je dari pagi tadi...aishh...
Moga perjalanan exam esok dipermudahkan YA ALLAH.. 

.......................................................................
  
SIARAN SEGERA
SIARAN MEDIA                                                                            
  11 APRIL 2013

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTA PENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR AKIBAT KEJADIAN PAIP PECAH

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.  Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.

Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1 Flat DBKL Dato’ Keramat 15 Taman Cempaka
2 Jalan Padang Tembak 16 Taman Bakti
3 Jalan Semarak 17 Taman Nirwana
4 Jalan Gurney 18 Kampung Pandan Dalam
5 Kementah 19 Taman Cahaya
6 Pulapol 20 Pandan Cahaya
7 Wisma Tanah 21 Taman Dagang
8 JUPEM 22 Taman Shamelin
9 UTM 23 Taman Tenaga
10 FELDA 24 Taman Miharja
11 Pusat Latihan Telekom 25 Taman Kobena
12 Jalan U Thant 26 Bandar Permaisuri
13 Jalan Ampang Hilir 27 Desa Pandan
14 Taman Pandan Jaya 28 Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368



Wilayah Gombak

1 Kampung Baru Ampang 29 Kampung Kemensah
2 Kampung Melayu Ampang 30 Kampung Lembah Jaya
3 Taman Hillview 31 Kampung Pinggir Tiga Jaya
4 Bukit Jobina 32 Kampung Tengah Lembah Jaya
5 Taman Dato Ahmad Razali 33 Lembah Jaya Utara
6 Taman Bukit Indah 34 Lembah Jaya Selatan
7 Taman TAR 35 Sri Rampai
8 Kampung Tasek Permai 36 Taman Ampang
9 Ukay Heights 37 Taman Dagang Permai
10 Ampang Jaya 38 Taman Pandan Ria
11 Dataran Ukay 39 Taman Permai Jaya
12 Pinggiran Ukay 40 Taman Permata
13 Sri Ukay 41 Taman Saujana Ampang
14 Beverly Heights 42 Tasek Tambahan
15 Ampang Indah 43 Taman Ampang Mewah
16 Ampang Jaya 44 Taman Ampang Utama
17 Ampang Saujana 45 Taman Bukit Ampang
18 Ampang Water Front 46 Taman Cahaya Ampang
19 Bandar Baru Ampang 47 Taman Dagang Jaya
20 Bukit Ampang Permai 48 Taman Halaman
21 Bukit Indah 49 Taman Kesuma Ampang
22 Desa Lembah Permai 50 Taman Kosas
23 Desa Setapak 51 Taman Mulia Jaya
24 Jalan Ampang 52 Taman Rasmi Jaya
25 Kampung Bukit Sungai Puteh 53 Taman Sri Ampang
26 Keramat AU 1 hingga AU 5 54 Taman Watan
27 Kampung Ampang Campuran 55 Wangsa Melawati
28 Kampung Indah Mulia

Jumlah Akaun : 61,392
                                                                                                                   
Sebagai makluman, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning di kedua-dua wilayah ini diaktifkan bagi membolehkan SYABAS memantau dan mengurus kawasan-kawasan terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air. Pihak SYABAS juga telah mengambil tindakan segera serta langkah-langkah yang perlu untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip yang pecah ini. SYABAS menganggarkan bahawa tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada keesokan hari, 12 April 2013, manakala tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikan paip yang pecah siap dijalankan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, pada masa ini SYABAS mempunyai sejumlah 42 buah lori tangki dan 525 tangki air statik. Daripada jumlah ini, sebanyak 25 buah lori tangki telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan, manakala sebanyak 50 buah tangki air statik akan ditempatkan di kawasan-kawasan terlibat secara berperingkat mengikut keperluan sebagai bantuan bekalan air kepada penduduk yang masih terjejas bagi meringankan kesulitan para pengguna.

Pada masa ini, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’

Info: SYABAS
 

Labels: