Disebalik Kenaikan Harga Minyak 20 sen

Minggu ni minggu yang sangat hangat...
 sehangat kenaikan harga minyak Ron95...Diesel ....dan paling latest Ron97..
bagi sesetengah orang memang akan cakap apa nak kisah setakat naik 20 sen..
tapi sebaliknya...pada yang kurang berkemampuan...
betapa besar nilainya..

Jom kita baca sedikit kisah yang saya sharing dari rakan blog...
boleh juga dijadikan sebahagian dari iktibar dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran...
dan adakalanya rentetan dari sesuatu kejadian itu mempunyai hikmat tanpa kita sedari...


Terkesan sangat di hati bila baca story ni...
.............................................

Tiap pagi sebelum sampai opis, saya akan berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pakcik tu kononnye...dan sy pasti akan muncul sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah jugalah kelihatan anak kecil bernama Ashraf berusia 9 tahun akan turut membeli nasi lemak di gerai yang sama, lengkap berpakaian sekolah. 

Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, dan saya akan bayarkan nasi lemak adik kecil ini. Pada saya, apalah sangat harga RM1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni. Dan dalam kesayuan suaranya, dia tak putusx ucapkan terima kasih. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan untuk saya bersedekah. Pernah saya bertanya padanya, bersekolah di mana? awalnye keluar berjalan kaki ke sekola....dimana tinggal ??

Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sebab tu kena keluar awal. (terkenang anakx sedara di rumah yg sebaya dengan Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana, tp lebih beruntung dari adik ni..kesian dia) Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda...(mood raya) 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pakcik dan tak berjumpa dengan Asyraf. Hinggalah pagi ni, saya memulakankan kembali rutin membeli nasi lemak pakcik. Tapi, saya pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik macam selalu..saya belikan sebungkus dan saya berhentikan kereta saya di sebelah Ashraf.

Jiha:   Ashraf!! akak tunggu Ashraf tadi, kenape x beli nasi lemak? dah boring nasi lemak pakcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.

Ashraf:  Eh, Kak Jiha..lama x nampak. Terima kasih banyakx kak. Ashraf ingat Kak Jiha dah pindah. Bukan dah boring...tapi..(muka sayu)

Jiha:  Ehh..nape macam sedih je tibax ni..jom akak hantar pi skolah nak?? (setelah 2-3 kali sy bertanya, barulah adik ini bersuara)

Ashraf:  Ashraf tak ada duit nk beli. Sebelum ni mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan petang,bolehla Ashraf beli. Tapi, minggu lepas mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Malam tadi mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je Kak Jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nanit. Ashraf tak boleh tumpang Kak Jiha..mak pesan jangan tumpang orang.Jangan susahkan orang. Nanti mak marah. (sayu dan jujur ank kecil ini bercerita. Ku tahan air mata dari meleleh mendengar ceritanya)

Puasku pujuk untuk hantar ke sekolah, akhirnye dia beralah. Ye, memang jauh benar sekolah. PJS7 ke Kampung Lindungan. Gigih dia berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..YA ALLAH..

..................................................
 Kesan dari kenaikan harga minyak bukan setakat kita yang bekerja je terasa...
malahan anakx kecil yang tak tau apa turut tempias..
mungkin bagi mereka yang dari family senang, tak terasa kepahitan yang mendatang..
tapi bagi yang tak berkemampuan..kerana 20 sen, mereka tak mampu lagu nak beli keperluan asas contohnya makanan seperti biasa....dari Nasi Lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap sehari..
Subhanallah...


Labels: