Jom Ajar Anak Berbahasa Inggeris

Sape tak nak anak pandai especially dalam pelbagai bahasa...
harini saya nak kongsikan tips untuk ajar anak menguasai bahasa english...
jika ada usaha...pasti akan berjaya...
 
comey sangat bila mulut yang baru nak membesar tu berceloteh kan...
geram dibuatnya...dan ini merupakan salah satu terapi saya bila balik keja..
penat macam manepun...saya tetap nak dengar celoteh anak-anak..
walaupun butir bicara tak berapa nak clear..

...........................................................
Sumber: chedet
 
1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam Bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam Bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam Bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam Bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.


2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik satu  Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap Bahasa Melayu sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua-dua  bahasa, InsyaAllah.


3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.


4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain sumber untuk menagajar.


5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar atau imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.


6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam Bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.


7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

8. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.


9. Dapatkan sokongan suami  atau isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang-sorang. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama-sama  membantu. Kadang-kadang  mereka ini lagi fasih dari kita.


10. Kalau mampu hantar anak ke tadika yang ada ajar Bahasa Inggeris. Kalau takde budget jangan risau sebab anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.


11. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber  yang telah anda bayar.  Pilih rancangan-rancangan  di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain-lain. Kalau anda sendiri nak belajar Bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan Bahasa Inggeris.


12. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosankan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia
orang  boleh beri lebih tumpuan.



13. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. lepas tu  terangkanlah kepada mereka dan kemudian anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.


14. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak! Jangan risau sebab anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka mahir menggunakan dua bahasa.


15. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap Bahasa Melayu dan kejap cakap Bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.


16. Jangan sesekali guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat dengan grammar yang betul.


17. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.


18. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kadang  kita ni tak sempurna atau  kadang-kadang  benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.


19. Selain dari menggunakan kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan supaya ada imej atau gambar. Senang je nak buat. Beli je kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.


20. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang digunakan sesetengah orang.  Ini boleh membantu anda meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris.


21. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan Bahasa Inggeris, apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat  yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.

Labels: